JellyPages.com

My Shaded Region

My Photo
suka menulis, memasak, membaca novel dan berangan! ha-ha-ha

Find Me Here

Thursday, January 31, 2013

newbie,


Assalamualaikum :)

dah dekat 2minggu lebih aku mula bercuti
rasa boring tu tetap menjengah
even hari2 wholeday aku tak pernah takde keje kena buat
ade saje yg memerlukan my mommah menjerit memanggilku

" sueeee......... buat air ade org dtg"
" sueee...... buat air lagi, org lain pulakk yg dtg ni"
" sueee....... harini masak ape?"
 " sueee..... mlm nanti my friend nk dtg, mcm biasa mee goreng!"


fyi, my mom mmg akan 'bersungguh' layan tamu yg dtg
kalau aku punya mindset, org dtg. ok buat air & hidang je apa yg ada
tp my mom ni tidak. sape je dtg, kalau ada sumthing yg
boleh dimasak. itulah yg akan dihidangkan.
at last, aku la yg kena masak. sape lagi kan.
my mom duk sibuk layan tamu kat depan.
nasiblaa aku ni jenis yg penyabar
(erkkk.. penyabar ke? biarpun ramai org kata ak ni bekengss)
plus memasak itu aktiviti kesukaanku
bukan nk berkira2. oh no no no ok.
nasibla aku ni jenis pegang prinsip "tamu dtg tu bawak rezeki"
:)


haa tadi alang2 duk bergosip dgn adik aku kat dapur (sambil mkn megi)
aku mmg dh niat nk test bdk ni kat dapur
lagi senang keje ak sbb my mom n dad takde kt rumah
kalau tak laju je dia mengelat. muehehe 
1st, masa nk buat maggie sengaja ak buat asing
part aku & dia. means part dia, dia kena masak sendiri.
2nd, ak duk perhatikan sepanjang dia buat maggie part dia tu.
mmg FAILED laa cik adik oiii.
sempat laa ak membebel sambil dia meneruskan buat maggie dia tu
3rd, lepas mkn maggie sesama ak dera dia suruh basuh pinggan. 
bukan pinggan makan maggie td tu je tp semua pinggan yg perlu dibasuh 
yg ak kutip2 semasa dia tgh membasuh. 
4th, semasa dia membasuh pinggan ak check pinggan yg dah dibasuh, 
kalau tak bunyi "zrappp" mcm iklan sunlight kt tv tu, 
aku suruh dia basuh balik. muahaha
5th, masa dia duk basuh pinggan jgk, ak sedang enak menikmati hot chocolate 
sambil memerhatikan dia. kihkihkih


kejam ke aku buat gitu?
taklaaaahhh kan. itu baru sikit taw. kahkahkah
actually, aku memang nak ajar dia utk pandai buat2 keje tu semua
bila nanti 'aku kahwin' lega sikit hati nk tinggal rumah
ade jgk yg boleh diharap bila ak takde kt rumah.
ini tidak, bila aku takde je mula la dapur tak berasap
mula upah org datang keje kat rumah seminggu sekali.
haish haishh sungguh aku tak suka begitu. -_-


ok last but not least,
baru aku nk ckp benda berkaitan dgn tajuk entry.
muahahaha.


 hari2 aku mmg xkeluar bilik selain keluar utk masak n makan.
selebihnya aku duk mengadap live streaming tv3 ni je dlm bilik
dari ptg sampai malam. heaven wooo.



then,

at last, aku dpt balik twitter yg sekian lama dilahirkan
tp tak beranak pinak sbb lupa password.
sedang berjinak2 dgn twitter mengisi masa lapang! muahaha
do follow me @ayyarisa_safri


goodnite!

Tuesday, January 29, 2013

Pengganti,


Assalamualaikum :)
huh. malam td ingatkan taknak masak dah.
tup2 mummy call, she said "ada tamu nk mai malam ni"
so as usual kena la masak. 
masak masak masak je keje aku time cuti ni...
ketung ketang siap mee goreng!
ketung ketang kemas dapur, baru naik bilik.
untunglaa dorg ni time ak ada, order je mcm2 nk makan apa
bila aku balik ukm nanti ade ke org nk buat suma apa yg aku buat ni??
ada ke org nk kemas dapur mcm aku buat ni?
ade ke org nk masak 2 3 kali dlm 1 hari mcm aku buat ni?
ade ke org nk ke pasar beli lauk pauk mcm aku buat hari2?
ade ke org nk ke supermarket beli brg dapur mcm aku buat?
ade ke org yg tahan di suruh mcm2 dlm 1 hari?
ade ke PENGGANTI aku nanti???


bilamana teman2 seminggu berada di rumah aku minggu lepas,
mereka turut berkongsi ke'busy'an aku tika berada di rumah
bila tiba waktu aku di dapur, mereka turut bersamaku
bila tiba waktu aku mengemas, mereka turut bersamaku
sedikit sbyk tika mereka ada, kurang sikit beban kerja ku.. hehehe
bila mana tamu tak putus2 dtg ke rumah
saat itulah paling mencabar kekuatan mental & fizikal ku
kebetulan pula, tika mereka ada di rumah ku 
waktu tamu tak putus2 datang ke mari
siyesly, nasib ade mereka. kalau tak, takda kaki tgn dah
aku ni rasanya. penatt tak terkata.
tika itu juga mereka kata :
"kalau takda kau, macam mana la org dlm rumah kau ni"


yes, aku pun fikir benda yg sama.
semua benda dlm rumah ni org cari aku.
nk tanya mana brg itu ini (esp kat dapur) semua panggil aku.
nk suruh itu ini. semua panggil aku.
everything aku. tp aku sikit pun tak kesah. sbb aku tahu
kalau tak aku, siapa lagi nk buat kan?
sampai kwn2 aku duk kata :

" aku rasa nanti waktu kau tgh mekap utk kawin pun org duk ketuk bilik kau tanya sue, mana senduk, mangkuk, pinggan, sudu garpu. takpun tgk2 kau sendiri duk ketung ketang masak kt dapur utk rewang. aku rasa tak mustahil tu akan terjadi kat kau sue. hahahaha"



aku pun selalu duk fikir, bila aku dh takda (balik ukm ke.. kawin ke.. keje ke hik3)
mcm mana laa nanti ye?
setakat ni takda sorg pun menunjukkan bakat
utk menggantikanku dlm rumah ni
kadang2 aku salu duk pikir, aku akan tinggalkan rumah ni
bila aku dh dpt pengganti aku utk rumah ni.
tp dapat ke? patotlaaa abah salu duk cakap
"awak takleh pergi jauh2, susah kalau awak takda kt rumah ni"
byk makna dlm setiap kata abah tu. aku faham.
adakah ini halangan utk aku memilih pasangan hidup yg jauh?
adakah ini halangan utk aku berhijrah ke rumah bakal suami?
adakah ini halangan utk aku menetap di tempat lain?
muahahaha jauh sgt dhtu fikir. :p


last but not least,


aku selalu mengharapkan si adik aku sorang ni,
dpt jadi pengganti aku kat rumah ni
bilamana aku kawen tak lama lagi. uppps. hehe ;)
tapi aku nampak mcm jauh panggang dri api je
sObsss laa mcm ni :(
(mungkin sbb semua benda aku yg buat. so senang hati laa dia)


ok, goodnite!


Sunday, January 20, 2013

Malam berinai,


Thanxx to my friend temankan selesaikan urusan yg berbaki,
Thanxx jgk tlg utk sesi malam berinai (will update soon)
Hope semuanya berjalan lancar. AMIN.


my friend yg dtg dari jauh semata-mata..... :)
(muka jakun xpernah tgk padi semuanya hahaha)


rasanya ini entry plg pendek sy buat.
niat hendak menampal 'teaser' tp xsempat
its too late. mata dh mcm kena gam. esk pg byk hal lagi
perlu diselesaikan... doakan!


goodnite!

Tuesday, January 15, 2013

Jamuan akhir tahun,


Assalamualaikum :)

siyesly jeles, pergi bilik kawan yg dh habeh exam
nk amek brg then semuanya belum bangun pagi tadi
tp sy pagi2 dh bangun basuh baju kemas bilik nk study bagai
sedang mereka dibaluti selimut. heaven nya korg kan! :p
its okay, ptg ni sy dera korang pergi pasar malam! ahahaha
tolong pergi & tolong beli utk kami2 yg belum merdeka ni
kami nk studyyyyy.. :p
(padahal sy malas nk keluar.. hahaha)


btw, semalam kami makan besaqqqqq sesama.
asusual akhir sem mmg akan 1x makan besaq gitu.
biasanya kami akan masak2 secara besar2an
tp oleh sbb kesuntukan masa & exam belum habis
so kami order je! hello hello dominooooo.. hehe
sbnrnya unplanned pon. thats y semua 'adik beradik anak2' yg lain xjoin
kesian mereka. lain kali nohh..

  

mummy 'support' all the pizzasssss (jarang2 sekali berbelanja utk anak2 :) )
anak2 'support' all the add-on items.
we have 3 regular pizzas worth with domino's coupon.
and add-on 2 lava cakes, 1 banana kaya & 2 onion rings.
blueeeekkk kenyang. hahaha
i'd prefer y'all try dominos new pizza '7-meat wonder' tu. siyesly best!
and masa order jgn terpengaruh tgk pizza 'extravaganza' sbb xbest!
itu selera saya la. kalau y'all ok je ok la. :)


k bye! 


p/s : ade kwn minta maaf dgn sy sbb dia kena rapat YDP kerana dia NYDP & sem dpn too many program perlukan mereka bekerjasama & dia harap sy ok dgn keadaan itu. sbnrnya dia ckp dia harap sy xjeles. hahahaha lucu nya statement kwn sy tu.. oh kwn, its ok la for me sbb NYDP tu awak. i trust u! haha :p


Peperangan terakhir,


Assalamualaikum :)

harini mostly kengkawan dh merdeka. habis paper dah.
tp i've 1 more paper on Wednesday.
its ok for me :)))) hahahaha amek hati kunun!
paper minor BM luckily be the last paper!
ohh gambatte laa sueyaya yo!


orang lain habis paper terus pecut balik malam tu terus 
tapi sy ni, biasala syg terhadap ukm tu terlebey sket.
habis exam hari Rabu, Jumaat baru balik. hihihihi
actually, masa exam season mmg sy takkan ada passion nk kemas brg
asusual every end of sem bilik kena clear
thats y lps exam i'll spend 1 or 2 days utk kemas berkemas
baru blah balik kampungggg.
sesi kemas mengemas paling malas taw dak.
ingatkan nk sewa je bilik nk tinggal brg
tp sewanya 75 hengget. malas lah. tak berbaloi langsung!
(ade kolej yg sewanya 15 hengget je. cis jeles betol)
biarlah letih sket berkemas. yg penting fulus selamat.



tadi lepas paper PJS, lecturer (dr.M) ade call my bff.
dia tanya bila habis exam.
mcm biase la she needs us (sy & my bff punya khidmat) to help her
siapkan dia punya present paper.
kami dua ni ala2 jadi RA (reseacrh assistant) dia dah since sem lepas lagi. hahaha
kdg2 tu stay kat bilik dr.M sampai habis office hour.
kdg2 bawak balik kerja tu sampai ke bilik.
lecturer2 bertaraf tinggi ni mane ade masa nk buat semua tu
thats y she needs us to help her.
(untung2 dpt jd RA betol dia kelak. hahahaha)




tak sabar2 nk pangkah awan nano last tu.
wednesday wednesday wait ya!


balik cuti ni 3 of my bff ikut sy balik negeri cik siti wan kombang.
maklumler tak pernah sampai kelantan semuanya.
they will stay almost a week jgkla at my homie.
tentatif semua dh siap. tunggu nk bergerak pulang saja.
kali ni, sy bwk dorang naik tren balik kelate. haaaa hamek kau!
asyik duk teruja tgk sy n kwn2 lain naik tren ade flatbed.
kali ni meraso laaa ekau semuo yo....


be patient to y'all yg belum habis berperang mcm sy.
goodnite!

Sunday, January 13, 2013

YES!


Assalamualaikum :)

lama xjenguk sini. well. exam season. haha
actually jenguk sini hari2. update nya saja yg tidakk. hihi
oh yeah 2 more paper to go!
ok fine. korang ade 1 paper je lg.
ok lagi fine korg dh takde paper dah. pegi balik pegi balik! :p


haritu kan. dpt msg dari kawan.

kwn : nk hp free? nk YES free? pergi PUSAN.

ok meh sini nk clarify kan.
hp tu handphone. YES tu syarikat jalur lebar yg kian meningkat naik skrg.
PUSAN tu centre of UKM tempat bebudak UKM
pergi cucuk duit, beli brg, print esaimen, beli stationary.
clear rite? ok then, sy call my kwn tu nk clarify psl tu pulakk.
then dia cerita laaaaaaa...



dipendekkan cerita,
hp tu dpt free sbb guna Pakej Komunikasi Belia yg rebat rm200 tu. 
dpt henfon free sebijik. dpt line YES 4g skali.
plus dpt rm9 tiap2 bulan.
actually, ade je yg tak nak amek henpon tu sbb depa nk guna
rebat rm200 tu nk beli smartfon baru.
depends la kat masing2 kan. mcm sy pulak
oleh sebab sy dh guna smartfon (ececece hahaha)
dan takde niat nk bertukar henfon buat masa skrg
(klu ade pun, mcm besa la mntk daddy sponsor hihihi)
so, sy pergi tebus la rebat tu then amek henfon tu.
dari duk biar rebat rm200 tu bersahaja. rugi2. rezeki tuuuu.



lagipun, sejak dpt henfon freeeeee tu. 
on9 di mana2 shj pun boleyy... 4g la katakan. hahaha
tp leceh la kena usung 2 bijik enfon bila nk keluar.
sy dhla jenis xsuka bwk beg bila keluar.
xfree rasa nk berjalan. kan senang 1 henfon ltk kat poket
purse pegang kat tangan.
tp siyesly cakap berbaloi p amek henfon tuuu.
dhla dpt line Yes 4g free. device pun bg free. tiap2 bulan bagi pulak topap free! 
sape2 rasa rebat tu taktaw nk buat apa, pergi la kunjungi kedai YES!



mula2 dpt henpon tu mmg laa rasa
alahai cikai nya henfon. alahai tepon ni je pun xpyh nk berebut sgtla.
tp bila dh dpt mesti ade pekdah nya utk anda.
tp bagi sape2 yg dh mmg rancang nk guna rebat utk beli hp baru
teruskanlah niat anda... tiada unsur paksaan/pengaruhan dlm entry ini.
muahahaha




registerkan diri anda dulu kat sini b4 nk g redeem rebat tu.
jgn risau tempoh valid rebat sebulan dari tarikh dftar. 





Yess SAMSUNG Buzz 4g cloud phone!
nampak je cikai tp side-slide tu...
(padanlaaa dgn status talipong freee tu )


SAYA DAH. ANDA BILA LAGI??
:)

Saturday, January 5, 2013

next paper,


Assalamualaikum :)

                                                        SS : mcm mana demam campak tu?
                                               AA : Ok la.. tp muka huduh laa...
                                               SS : hahahahaha :p
                                               AA : susah x exam 1st?
                                               SS : Alhamdulillah... :D

pakcik tu skrg ni dh bagus dah. sakit2 pun asyik pk exam je.. haha
dtg jela pakcik exam muka huduh pun. (takde sape nk tgk pun laa )
jwb exam dgn tgn bkn dgn muka.. :p
 btw, bagusla he's getting better. Alhamdulillah :)
lepas ni jaga kesihatan & focus on exam plak ye.
byk kena share pasai Pengukuran Penilaian dgn pakcik tu
sbb byk benda he dun even know pun. 
even benda simple je. how to plot graf, how to calculate mod median min,
how to calculate skor Z, skor T, sisihan piawai n bla bla bla.
sbbnya kuliah kami tak sama.
his lect tak ajar most topik yg kuar exam haritu. 
kesiangggg =_=
  (izza kata mu kena jd cikgu dia dh lepas ni mekyaa ajar dia bagai2 tuu. 
ohh izza aku mmg jd cikgu dia lamo doh pong.. hahaha :p )



ohh harini 5 Jan 2012.
2 musibah berlaku kat kwn saya. kesian =_=
awal2 pagi lagi (mestilaa sy belum bangun ms tu haha)
izza dtg ketuk bilik. ingatkan sapela pagi2 dtg ketuk bilik.
sbb biasanya dia akan call je klu nk ckp ape2
even bilik kami dekat je. hahaha
saya dgn muka blurr blurr bgun tido sambil garu2 kepala..

                                             SS : hahh kenapa?
                                    IZ : tangan aku kena sengat lebah. jum pergi klinik!
                                    SS : hahh? pukul berapa skrg ni?
                                    IZ : 7.45
                                    SS : ohh ok. klinik bukak pukul 830 biasa. tahan tak tu?
                                    IZ : tahan. tp sakit laa. denyut2.


lepas bwk dia pergi klinik. kena injection sedas. 
surut dah sket bengkak sengatan tu.
mujur juga Isnin ni exam kaunseling semua objektif.
dptla dia alter cara pegang pensil in case bengkak belum surut
sbb yg kena sengat tu katjari telunjuk belah kanan! hahh. 
klu lah exam tu ada essay. mak aihhh. kesian dia... :(

then, tghri td plak godek fb tgk sorg kwn lg post pic
no plat motor dia rabak. mak aihh accident pulak!
huhuhuh musim2 exam ni byk dugaan Allah beri.
jaga diri. hati2 ye kwn2 ku. termasuk dirikuuu.
malang tu tak berbauu. 


next ,


ohhayoo. wish me wish me luck.
Isnin paper Kaunseling. cecece nk bljr kaunseling org kononya! hi3
lps baca2 tang kaunseling tu nmpk gaya
diriku takde gaya nk jd kaunselor. muahaha.
takpela, bljr je asas ni supaya dpt apply nanti.
to be a kaunselor mcm jauh Kedah dari Kelantan kot.. uppss. hehe





jgn tertipu sgt dgn gmbr kt atas tuu. sbb yg sebenarnya mcm ni haaa






macam niiiiii........






niiiii.....






muehehehe ;)
sambil duk belek2 notes. sambil duk tgk Setia Hujung Nyaweeeee
muehehehe.
better sy buat cmni dari sy tutup buku, kemas2 notes. 
sy tidooooooooo. hahaha
lagi2 petang yg hening, hujan. aigooooo. seronok tido!
(hahaha semua itu alasan sebenarnya..kui3)


ok bye!