JellyPages.com

My Shaded Region

My Photo
suka menulis, memasak, membaca novel dan berangan! ha-ha-ha

Find Me Here

Sunday, July 31, 2011

omai omai !!




~ tiada jodoh ~

p/s : ada peluang nk ngorat abg apek ni! wakakaka~ ceiit, ade hati!

orang tu tgh nanges laaa !

lets scroll down to see orang tuu tgh nanges tssk tsssk !




menanges merajuk laa mcm tu !




ai-say-men flawless nya dia nanges instead of muka dia ! auuuw ~





whoaaaaaarrrgghhhh!!! sah guling2 bwh meja lepas tu. ekekeke ~





waaaaaaaa.......... better sikit than above. guling2 atas lantai je. haha





wuuwwuuuuu....... alalala tomey nya dia nanges.. nk gula2 nk?





nanges airmata sirap instead of darah ! klu x psl cinta psl buaya! kih3






yg ni airmata 'Suara Takdir'. whos tgk cerekarama tadi know this.
murah sungguh airmata den dek kerana drama!
nak jadi pelakon buley? berangen gilaaak ! belakon sorang2 buley. dlm bilik dpn cermin!


p/s : rajennya makcik meng-google resipi. nak masak ape makcik oiii ~

Saturday, July 30, 2011

bakal men-JALA-kan diri


p/s 1 : UNTUNGlahh kan isi rumah sekalian....

kakak : nanti raya kita nk buat makan ape yer?
saya : well. mcm biasalah yg msk2 tu. then side oreder beli sajala.. hehe
kakak : yg side order tu ape kata kita buat sendiri nak?
saya : klu ade org nak buat sy join jer.. hehe
kakak : alaaa.. kita sama2 buatla. jimat skit. sambil2 bley belajo. senang je sebenor..
saya : okayy. kita men-JALA-kan diri nanti ya!
kakak : okayyy. set!





know this? haa. betul laa tu. ekeekek





know this? haa. betul sgt lah tu.


p/s 2 : abang n k.na balik sambut awal Ramadhan di rumah. peruntukan puasa dah dpt.
need to consult all this. peace !


Wednesday, July 27, 2011

RP Bandar Pelancongan!

hati-hati dgn abg Imegresen ya! hensem2 belaka. kih3




terpaksa berlatih menahan hawa nafsu sempena Ramadhan bakal tiba.
ekekeke




da best ever tomyam. mai R.Pjg sure pekena ya!




auum auuum. see. licin tuuu. ish3



pergi melancong ke RP with girlprend haritu.
melancong last b4 Ramadhan. acecece last gitu. tlg lah jgn percaya sgt! ekeke
melancong di RP ni biar kena dgn masa.
klu time cuti sekola or any2 cuti umum lah. nk bw sy ke sana dgn cruise pun taknak ok!
well. harga brg semestinya teramat jauh beza dari biasa.
maklumlah 'org luai' yg ramai time cuti kan. dorg angkat la harga skit.
mgkin bagi 'org luai' harga tu dah ok sgt sbb di kota mereka jauh lebih tinggi kan.
tapi bagi kita yg m'aggap RP sbg tmpt melepaskan pggilan alam je
mmglah nak harga murah mcm biasa tu kan. kan kan.
dats y kena pergi time hari2 biasa. org x ramai. pelanggan kurang.
then dorg bagi lah harga down2 skit kan nk suruh kasi angkat brg tu.
itupun dh meleleh tawar menawar. wah. jgn main sy ni terer jgk bab tawar2 ni. tak sangka lah u.
haritu rancang nk pergi dgn poket kosong je.
nk avoid dari shopping lah kunun2 nya. hampessss lahh i ni you taw x..
terangkut bw blik jgk 2 3 supit brg. cardigan. red warrior shirt. brooch.
ikut hati nk angkut lagi 2 3 brg. blouse pun myk cantekk maaa. murah2 maa.
tp wahai hati ; tlglah bersabar!
see. perempuan. hahaha eh eh nk salahkan perempuan pulak dah.
plan nk pergi lagi b4 raya plak. tp tgkla mcm mana.

k bai~


p/s : Jumaat ni mkn tghri besaw2 skit. nk invite sepupu2/maksedara2 berdekatan. mkn2 besaw2 b4 puasa.
nanti puasa bkk puasa besaw2 plak dgn sedara mara.
nanti raya open-house besaw2 itu HARUS.
sesi memanjangkan ukhwah dgn sedara mara. my house is the sasaran. i like~

Tuesday, July 26, 2011

HILANG



pencinta-setia-slot-RATU-tv9
| itulah saye..... wink3
nama lagi HILANG. sah2 last citer ni byk yg kehilangan kan.
sape hilang sape tu, awal lagi nk predict.
siyes, citer ni tgh part2 yg bermain emosi. rugi sape xtgk.
wahh. menguji emosi sang-penonton juge ney. kuang3
eh eh saya baru perasan lah. AYU RAUDHAH.
ya. dia. tiap2 drama si wife Zaq Adha ni belakon mesti/wajib/harus sy tgk.
bukan minat dia pun. tp jatuh hati tgk dia belakon.
klu nak kira lagi minat Zaq Adha hubby dia tuuu. ekekeke
haa. i know y! mostly Ayu belakon utk citer2 adaptasi novel.
then sy teramat jatuh suka kpd drama2 tersebut.
sejak dari Darimata Arissa lagi. tp HILANG bukan adaptasi novel.
still layan juge! pencinta-drama-Melayu katakan!


yg ini xmungkin HILANG...



will update soon~


p/s : tq buat yg tlh memberikan tajuk lagu yg sy idam2kan. selama ini nyanyi2 saja.
Tiga Kata by KRU. cepat2 youtube kayy.

Monday, July 25, 2011

elak jatuh cinta kpd si cantek dan si hensem


duhai hati ; tidak sabar menanti kehadiran Ramadhan Karim minggu dpn
dlm kepala mcm2 planning. itu ini segala bagai.
eksaited gila. mana taknya. tak pernah seheaven kayak gini.
i'm home for da whole Ramadhan. heaven kan.
since masuk asrama Naim, 2003 mmg xpernah ah fully puasa at home.
fully puasa tu mmg SAH2 ah tak kan. haha
so, this time oleh sebab keeksaitedannya lebey berbanding biasa
makanya TRANSFORMASI bakal berlaku. walawehh~
for Ramadhan, menu-list 30 |in progres....|
elak 'jatuh cinta' kpd makanan2 cantek dan hensem di bazar ramadhan
for Syawal, in progress studying buat biskut raya
elak 'jatuh cinta' kpd biskut2 cantek di kedai.
sakan betul Ramadhan's planning sy kan.
btw, sakan manapun planning itu apapun yg diidam2kan
Ramadhan's planning to upgrade n topup amal ibadah wa sodaqah jariah,
ITU LEBIH PENTING~

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN~


siapa2 yg bakal bertandang ke rumah sy Syawal ini,
berkemungkinan akan ketemu sama si cantek dan hensem di bawah..
ting tong~ uuuulaaaalalalaaa....




kuih ciput



kuih gunting [sama je doh dgn kuih ciput cuma perlu diguntingkan]



popia kecil [perlu sabar menggulung n buat seketot mungkin]




cornflakes madu [buat yg xperlu bakar pun boleyy]



tart nenas [nak buat yg gulung or bunga pom boleyy]



samperittt




olmond london



[will-be-handmade-by-sueyaya]


p/s : 2 3 hari ni selalu mimpi bukan2 psl teeettt. hai klu dah dekat tu sila rapatkan lah ye! kuang3

Saturday, July 23, 2011

siblings-3

beginilah jika berbelanja di hari Sabtu. ohh kulupa~



budak ini terlebih baik harini. hehehe



pssst. peace yoow~



budak ni sgtlah kuat makan. tersgt. terkuat. termakan



GCB..limited edition si kakak~



BigMac si bdk kuat mkn.. Ayam si bdk baik hati..



3-kacipp-siblings


bdk yg i sgt suka dan syg dia harini. hehehe



kakak dan adik


lamanya tak singgah mcD. heaven betol tadi ade yg baik hati belanja mcD.
suh order je ape. wahh heaven kan. kan. kan.
tenkiu buat si adik bongsu. treat mcD buat si kakak n si abang.
bukan main lagi si abg kpd adik bongsu m'order kan.
GCB, terbaekk lah. nyumm33.
BIGmac, biasa2 saja. tak suke sgt.
smoke BBQ, wadududuh. enggak bisa ltk byk2 nnti botak kepala.
fries, da best ever fries than kfc dll.
Mydin Mall, best place than Tesco to beli belah brg2 dapur dll.
tetibe Mydin. owh before mcD we all went to Mydin mall KK.
kek batik ; DONE!
ade org tu request kek batik to tapau buat bekal ats bus esokla.
oh si adik lelaki, penggemar kek batik ropanya kamu.


p/s : kegembiraan sementara buat skuad Harimau Malaya. 5-3. tak guna mengutuk mengata.
doakan yg terbaek utk 28hb di Bukit Jalil. M'sia vs Singpore again.
kemenangan pasti di tanah tumpah darah sendiri. insyaallah. amiin~

tahajjud

semalam, Jumaat takde ape yg best sgt.
pagi pun tak pergi pasar mcm biasa. kemalasan melanda.
pagi terasa kerajinan berlebihan utk buat brekfast ; mee goreng basah.
kemas2 rumah cuci toilet cuci baju dan bagai-bagai lagi
last2 tersadailah diriku ini.
tengahari pun tak masak sebab mee goreng still ada lagi.
abah yen n umi pergi kenduri cukur jambul jiran berdekatan.
so sy dgn adik di rumah makan apa yg ada sajalah. xde nak demand nak itu nak ini.
petang pulak abah request nk minum ptg dgn jemput durian
merajinkan diri sekali lagi. buat teh o panas sekali baru umpphh.



malam pulak mcm biasa ready to watch Tahajjud Cinta, tv3.
exchange chanel jgk time iklan tgk Gerak Khas, tv2. hehehehe
well. anak bapak polisi kan. G.Khas memang xbley dipisahkan.
dah sebati dgn darah dalam diri wooo. plis. jgn gelak!
tgk T.Cinta ni xmcm addict time tgk Nur Kasih dulu2.
maybe cerita baru lagi. tp sy rasa mcm ada sumthing's wrong dgn cerita tu.
its okay. ianya psl perjuangan wanita dlm Islam. appreciate it very2.
semangat Citra amatlah dikagumi. tp ada sesetengah part tu.
mcm Seri dgn ape entah nama laki tu. sy rasa tak wajar mereka berkelakuan begitu
dalam episod minggu lepas. itupun klu korang ikuti laa kan.
mereka telah membuatkan pndgn org (-) trhdp mereka yg berpakaian sebegitu.
well. rakyat Malaysia kan penuh beremosi. kih3
lagi satu Ustaz Eman Manan tu. rasa mcm pelik sikit dia.
i guess dia mcm ada ajaran seleweng sikit.
tapi tak tahulah. mungkin awal lagi nak predict cerita tu mcm mana.
apapun, tgklah whateva cerita2 diri kita dulu kena ada pegangan dan pengetahuan
elakkan terpengaruh dgn unsur2 bukan2.





okayy. tamat sesi memberi kritikan tak berbayar.


p/s : hang-out dgn si adik yg mengade minta mcm2 dari si kakak kerana bakal pulang semula ke uitm esok pagi.


Friday, July 22, 2011

eh sama lah!

malam ni aku rasa nk amek port kat 2nd ruang tamu.
on lappy di situ beralaskan meja kopi
dirapatkan ke sofa 3-seat lalu aku pula beralaskan 2 biji bantal di situ..
dibiarkan chat offline sebab tak suka dgn setting chat fb yg baru
entah ape-ape. susah nk chat la mcm ni.
sekejap tadi melabuhkan tirai juge di ruang tv bersama adik
yg mengambil portnya di situ. M'sia vs Chelsea. hurmm. mcm boring ja.
lagipun team intenasionale ni aku x berapa minat la.
klu TRW yg lawan memang aku hadap tv tu mcm nk ngaappp la.



aku kembali ke port aku. fb ni pun boring juga.
aku biarkan lappy udarakan lagu Pokok - MUH feat Hazama
dah berjuta kali duk repeat pun aku dah xperasan. biaq pi lah...
sambil baca Juara Carta Cinta yg baru beli haritu pun best jugak.
rasa ada peneman juga malam2 sepi ni.
beli minggu lepas lagi. harini baru sempat ngadap baca. kesian.
baca pun sekadar je. x addict mcm dulu lagi.
boleh kata nk habiskan 1 biji tu tak boley jamin. sebab baca time free ja



geledah2 blog2 org kejap sambil dgr suara tv yg cukup m'banggakan
entahlah sorakan utk team mane. Chelsea? mungkin...
terdgr juga suara si adik berborak di telefon. borak dgn siapa la mamat ni
kuat pulak tu..maka terdgr lah aku ayt2 tettt....
oh rupanya berborak dgn cowok. mesti ingat aku dah tidur. haha
aku saje pergi dapur kunun2 nk buat air. tp mmg nk buat air pun.
haishhh. bertukar bahasa tetibe plak?
aku faham sgt dah budak2 tgh bercintoo ni...



siap buat air. naik balik ke port aku.
moderate komen2 then rasa nk tulis blog then terbukak tonton.com.my
skip tulis blog kejap. geledah cerita2 kat tonton.
till skrg 2.40am still ngadap tonton. rest jap tulis blog.
nanti asyik masuk draft if tak tulis terus. bersawang la gamaknya.
fav cerita yg termissed sume dah tgk dah. saje2 gewdik2 nk tgk cerita
biasa aku tonton cerita tv3 or tv9 la kat tonton ni
tadi gewdik2 nk tgk ntv7. xpenah2 jadi peminat setia ntv7.
siyesly, entah kurun yg keberapa last aku tgk ntv7 ni.
takde cerita berkenan dek hati kowt.....
tetibe tadi 'ter'tekan nk view cerita Princess Hour.


cerita ni aku penah la jgk dengar tajuknya. bila tu entah. lama dah kot.
satu-satunya sebab aku bukanlah pencinta-cerita-korea!
pernah jugak nk try jadi 'minat gila' dgn korean movie ni mcm girl2 lain
tapi tak berjaya menambat hati lah... tapi lain pulak jadinya tadi!
rasa mcm best pulak dah cerita tuu. mcm cerita Benci Bilang Cinta.
exactly sama. tak tahulah sapa tiru sapa.
Beci Bilang Cinta layan pulak? semestinya..
satu-satunya sebab aku pencinta-cerita-indonesia.. hehehe



mesti orang gelakkan aku kan sebab baru tgk cerita tu.
ketinggalan zaman betul. ahh. bagi aku tak. zaman ini baru aku nk masuklah
zaman meminati cerita korea. hahaha sape nk suggest kat aku
cerita2 korea yg korang rasa aku patot tgk. sesuai dgn tahap aku
yang baru nk memasuki zaman ni..supaya aku tak ketinggalan zaman.
sila-sila kepilkan komen anda di bawah ya.
saya sudi membacanya dengan hati terbuka. *wah budiman pula bahasanya ya*

k bai~


p/s : malam ni tidur atas sofa di port sahaja. malas masuk bilik.
rasa mcm kena tidur luar bila gaduh dgn suami tak? hahaha fikiran biru telah melanda~

Wednesday, July 20, 2011

my pleasure ;


bercuti sokojap ajo haihhh.
'bibik' xley cuti lama2...nnti gaji xmasyukkkkk. ngehee~
trip to Putrajaya Ahad mlm haritu ok Alhamdulillah. selamat sampai.
kini dah selamat sampai balik kelate pun suda..
tp biasala x enjoy trip sbb sy kan mengalami long-trip-pain
ape kejadah penyakit tu makcik??
ala penyakit yg rasa xnk ckp dgn org..rasa nk tido..rasa nk keluarkan segala bagai
then bus pun dihidangi bau2 keharuman minyak cap parang instead of cap kapak.
ohh heavennya tika itu!
masa trip tu baru je sampai T.Merah, dah mula dah...
masa trip balik pun sama. belum smpai Putra KL dah mula lagi.
adehh. begini la tiap kali gi mana2. how to buang jauh2 ke laut ek?
dont suggest me to makan ubat yaw. i dont like n i wanna avoid it~
btw, walau kojap jer. terubat rindu tgk ukm terchenta.
round2 biarpun sunyi sepi. dak2 shortsem pun dah balik.
1hari Putrajaya > suku hari di UKM > 1malam Puchong..
now currently at : howecwithome!



oke. this is my pleasure!





























credit to my sis-in-law for borrowing me her car
which is my dream car ever!!

Myvi SE test drive : DONE!
feedback : ready to book n angkut bwk balik. *klu rasa2 ckup duitla haha*



p/s : elok2 dah kau ni makcik nk jadi mcm Che Ta pakai safi rania gold pastu
saje je kan kau ni makcik cari penyakit buat kangkung goreng belacan!

Sunday, July 17, 2011

ku sahut panggilan rindu itu~

sempena Nisfu Syaaban yg sgt mulia ini.
moga2 disinarinya dengan amalan2 dan amal jariah yg berkekalan..
bulan mulia pun dah hampir tiba.
sahutlah panggilan rindu itu dgn amal2 kebaikan
nescaya melimpah ruahlah hidup kita dgn sinar nur dariNya
Insyaallah~ Salam beramal buat semua......

*Saling Ingat Mengingati Sesama Kita*


ptg tadi mendoublekan kerajinan diri ke rumah maksedara di p.mas
sempena Nisfu Syaaban ni pakat2 ramai2 puasa lah kan.
tapi saya........... hehehehe. Allah bagi excuse. wakaka
sudah pasti masjid sekitar menyambut sakan Nisfu Syaaban ini kan?
tak ketinggalan juga masjid di kg saya.
abah dgn semangatnya nk bwk kuih muih pergi masjid utk buka puasa.
namun diserahkan semuanya tugas itu kpd umi.
abah terpaksa kerja petang nanti. so xdpt pergi masjid.
maka umi pula menyerahkan tugas kpd sy supaya pergi rumah maksedara.
maksedara kena buat makanan utk masjid kg dia.
makanya sy tumpang sekaki lah utk masjid kg sy ni.
pergi tolong2 buat tolong2 rasa sbb semua org puasa. hehehe
sy pergi lepas asar dan setel tapau2 semua 10minit sebelum maghrib.
alamak. kesian umi dh nk dekat berbuka.
makanya, kenari hitam itu dipecut oleh sy sekuat hati
kerana memikirkan umi yg kelewatan utk berbuka. kesian umi.
setibanya sy terus hidang lauk2 utk umi.
umi pula rushing makan sbb nk pergi masjid.
sy tolong isi kuih muih yg deliciously made from maksedara+sy ke dlm bekas
byk lah jgk. nk kasi org makan jgn kedekut kan.
~sodaqotun jariah~
tak ketinggalan juga buat jiran belakang dan depan rumah.
sori takde jiran kiri dan kanan. hehe sawah padi adala!
masih tersimpan lagi baki kuih muih dlm peti ais.
utk suapan isi rumah lah pulak.
bila lagi nk mkn kuih muih gini. jarang sekali dpt kecuali bulan puasa.
nondey *kuih kekoh caa if sep naim panggil* dan sekaya.
hurm, puasa thn ni dptla sy bergelumang buat kuih itu utk berbuka.
tak perlu dibeli lagi.... jimat ongkos~


nk kemas baju dlm beg!
k bai~




mamat ni dah sampai semalam.
dan kakak udah pun sambut panggilan rindu adik itu ya.. :)))




panggilan rindu ini pula bakal disahut malam esok.
going to UKM for a while.
P.mas - Putrajaya. staying at abe's house.


*first time naik Mahligai ni biasa naik Trans*


nite~

Saturday, July 16, 2011

my passion ;

cooking.


holidaying.


studying.


teaching.


shopping.


blogging.


fesbuking.


reading.


buying.


rounding.


surveying.


all my passion!!!~


tadi dengan jayanya juga sy memenuhi 2 dari passions sy itu~
*buying & reading*







* jatuh cinta dengan cover novel yg cun lecung *
masih dalam bungkusan. belum sempat utk dibaca. sempat utk ditatap shj.
k bai~



p/s : 0441 am still buka mata. hoi semangat kental makcik siapkan repot ya..sila2 jgn tidur sampai pagi!



postpone ;


oyeahh. 'Sekali Lagi' dah kuar di Astro First!
oke2 yg tu kita pikiaq kemudian nooo..
skrg 1239 am ; bru nk sambung repot yg belum lagi2 siap tuu.
hajat di hati mlm ni xmau tidoq la.
nk pulun repot tu sampai habessss.. semangat tu!
lagipun dinihari nanti nk pergi fetch adik yg balik dari Uitm Perak.
lamanya tak jumpa dia...........
klu dah tido alamatnya si adik bakal dijemput selepas subuh lah ye!
aduyai. alkisah postpone ni buat aku gumbira je!
act, esok dah kena pergi KL to submit repot ni.
plannya, abg balik mlm ni dan ke KL dgn kereta.

kereta abg berada di rumah utk dibaiki dan segala bagai
kereta siap baiki lama dah..
abg mungkin tak perlukan sgt sbb pergi kerja
dgn mr.DBT 3547 yg sy tinggalkan di rumahnya spnjg cuti sem ini.
makanya kereta beliau bersemadilah di rumah ini.

tup2 abg tak dpt balik malam ni ats sbb2 tertentu.
makanya, sy kenalah ke KL dgn sendirinya.
oh bkn dgn kereta beliau sbb sy enggak bisa drive manual ok!
by bus with adik yg bakal tiba esok tu pada Ahad malam.
sy nk mengade bwk teman. konon2 boring sorang2.
tp mmg pun! boring......... ade teman best skit~
apa hal pun. kita hanya mampu merancang bukan?
DIA tentukan segala.........


p/s : sehati sejiwa betollah dgn mek ajie ni. aku nk pergi KL makanya ke KL lah juga dia...
tanpa dirancang..klu tahu ku bertemankan dia pun ok!


Thursday, July 14, 2011

bergenang juga airmata....


pagi2 buta semangat waja layan Nur Kasih TM.
pending kan sy. muvie dh nk dekat 2bln tayang baru gedik2 nk tgk.
well. nk dpt benda free bukan senang hoiii..
hurm, so far okayy la ceritanya. 3 star! ***
lagi best dramanya. 3 star pun airmata tu 1 star = 4star ****. haha
waiting for 2 muvie lagi. hurm, berbaloi tak?
muat turun 6jam, play muvie just around 1jam ++
berbaloi jika anda tidak menunggunya. biarkan saja. last2 habeslah download tu..
pencinta-benda-FREE katakan. mcm tulah kesanggupannya!


p/s : hoii makcik cpt siapkan repot tu Sabtu dah nk pergi KL! hengat tu~

Wednesday, July 13, 2011

beratur menunggu disedut ;


sejak2 bz dua menjak ni tak perasan plak.
lama juga dah tak menjengah ke jiwang.org
kdg2 frust juge bertandang ke situ. menunggu muvie tp x masuk2.

*well. biasala sejak cuti sem ni nk tgk muvie
kena tunggu download jela. nk pergi cinema?
negeri Red Warrior ni mane ade cinema makcik oi....
bagus jugak kan. patotla org2 kelate celik IT bebenor
mana taknya asyik download citer je keje.. hak3*


tergerak hati nk bukak jiwang tadi,
tgk2 dh berderet2 muvie masuk.
sy apalagi laju saja muat turun teruslah!
tp agak leceh sbb xbley download byk muvie sekaligus.
1 muvie nk siap dlm 6jam jugakla.
cekalnya hati ini menunggu kan? sebab free punya pasal..mcm tula.
klu di UKM, memang tak ah nk download bagai ni.
well. line mcm kura2 kan. baik nek komuter gi The Mines, Serdang
lagi bagussss plus puassss.
3 muvie in progress ; 3 2 1 cinta, KL gangster dan Nur Kasih TM..
setia menunggu kan kan? sbb pencinta malay muvie kan...
tawla korang bukan pencinta malay muvie.
jgnla gelakkan kiter... sentapp taw.. hahaha


p/s : semakin bz dgn repot semakin byk kau buat entry ye makcik! haishh..

last minute itu hobi ;


kesian abah semalam balik kerja jam 1 pagi.
diulangi, jam 1 pagi instead of jam 5petang.
abah dapat kerja 'advance' saat2 dah nk pulang. kesian kan?
nk buat mcm mana kerja pun dgn orang.
bigboss abah kena pergi KL tiba2. maka abah pun tiba2 lah dpt kerja advance!
time abah balik semalam, sy pun tgh buat kerja 'advance' sy abah.
hehehehe. laporan prktikal yg setia menunggu penyiapannya.
kerja last minit mmg suka kan?
selagi xdekat due date, selagi tu xbergerak bukan?
itulah sy..dan bukannya korang. korang mesti awal2 dh siap.
misi utk report ; esok SIAP!
nk hantar by hand or pos? * masih difikirkan lagi*
rata2 kwn2 sy sgt tidak percaya dgn Pos Malaysia. hak3
sbb rata2 kwn sy result mereka tak sampai di rumah.
salah siapa? no komen sbb sy punya sampai. hehe


1st time result sampai rumah. result sem lepas amek di ofis je.
open slip dgn hati berbakul2 flower
sebab dh cek di portal UKM. praise to Maha Esa beri sy peluang.
utk merasai nikmatnya jadi 1 of penyandang title itu.
moga next2 exam will be better than this.


semalam stop buat repot around jam 3pagi.
misi pagi ini pula nk start awal2 pagi and dpt bereskan dgn cepat!
ternyata, pagi ini lepas sending adik to school,
terus buat nescafe as a brekfast to my bilik and continuing my work.
tgh hadap2 rasa nk termuntah jugak kan.
so, sy muntahkan di sini. take a break jap.
syoknya sambil wat keja sambil dgr era.
ada lagu ah ah ahmad lagi~ sgt shukelah!


p/s : umi, harini sy bercuti dari buat segala kerja rumah oke. nk rasa msakan umi lah harini!

Tuesday, July 12, 2011

bajet ;


harini pagi2 lagi dah bergelumang dgn dapur.
suku hari juga berada di dapur kesayangan.
alang2, basuh2 aje dapur tu terus. habis cerita.
setel urusan itu, baru sedar jam dh menunjukkan setengah hari.
ahh belum pergi pasar lagi. terus siap2 memecut ke pasar.
almaklumlah dah tghri ni nk beli lauk2 pun dh xbest.
sayur2 pun mostly dh x mengguirkan. layu.
papepon, grab je apa yg rasa mau tadi.
sebab dh lambat kan. lagipun pergi pasar panas2. tak sukalah.
balik tu terus setelkan masak.
skip dulu utk menyiang ikan sbb menu harini bukan ikan.
tp saje beli ikan bekalan utk esok dan seterusnya.
sebab sy bukannya penggemar ke pasar tiap2 hari!
1x ke pasar beli utk 2 3 hari terus.
lagipun klu hari2 ke pasar, bajet pun bertambah kan.

*duduk rumah pun berbajet juge ke?
mak bapak kan ada. nk risau ape.
oh oh. sy bkn begitu. tak kira lah sy ke mak bapak ke.
bajet itu penting utk semua org bukan?
utk memastikan kewangan kita terjamin..
lagipun sy ni a.k.a consultan kewangan mak sy.
itu psl bajet mak sy mcm bajet sy juga! hehe*


ok sambung balik...
sebab tgk je nak tgk je nak. padahal sampai rumah tersadai jgk.
last2 jd makanan tong sampah juge.
daripada membazir baik berjimat kan?


selamat membajetkan diri anda!
uppps. bukanlah. bajetkan kewangan anda..hehe
bulan puasa dh dekat. jgn membazir. sbg bekalan utk hali laya ma..
k bai~


p/s : hoii makcik, soda diri skit report blum siap lagi tuu. tak tgk tv tgk fesbuk!

Monday, July 11, 2011

bukan lagi sebagai guru tp still dipanggil cikgu!


pagi tadi rajinkan diri ke sekolah kejap.
rindu anak murid ke? agak la jugak..
tp ade benda lebih penting dari tu yg nk setelkan.. hehe
haritu sempat ambik signature Pengetua aje, xprasan plak dia xcop.
tula asyik borak2 mane nk hengat.
PLUS hari terakhir baru jumpa Pengetua instead of HARI2..
baguss kan, hari pertama n terakhir je jumpa Pengetua..ha3
dia so busy lah. malas nk kacau! * ahh alasan wuuu*
langkah kanan jgk dtg sekolah harini..
jagung yg ank murid tanam kat kebun dh boley kutip..
siap dihidangkan lagi tadi...manis cun sgt la weh!
dpt jgk rasa hasil titik peluh ank murid ya...
paling tersentuh hati tadi, masuk kelas ank murid secara tiba2.
xbagitau pun nk dtg..suprise kunun2 lah kan..
ade sorang ni yg agk rapat dgn sy..terkejut sgt!
tergamam seketika waktu sy berdiri dpn dia.
tika itu juga airmata dia bergenang...ah terharunyaaa sy!
sempat lagi kata ; " kenapa cikgu dtg...kata dh xnk dtg " *beserta nada sedih ya*
" sajela cikgu dtg rindu kat korang ni "
dorang sume reti gelak HAHAHAHA jela bkn fhm pun rindu ke hape.
sy bertandang ke situ bkn lagi sbg seorang GURU..
namun tetap dipanggil CIKGU.......
itulah penangan seorang guru... title CIKGU xkan terpisah
buat selamanya. tak percaya?
ce igt balik cikgu2 anda yg dah pencen. nk remind balik mereka tu..
sebut 'cikgu' bla bla bla baru kenal kan? dats y lah....

*************

MISI bulan puasa 2011 : buat biskut raya sendiri. no more biskut tunjuk!
CRAVE of : mixer and ketuhar baru. biar berbaloi2......
y raya 2011 sgt bermakna?
sbb 1st time in my life puasa penuh di rumah. tak pernah sejak zaman sekolah.
paling tak pun zmn sekolah dpt balik 1minggu 1x.
kalo tiap2 tahun mcm ni, ohh heavennya!


p/s : hoii makcik! rajin nk buat biskut raya tu ko reti ke?... haha belajo ler!

Saturday, July 9, 2011

my super duper friends!

Jumaat lepas, g40 telah melancarkan Jubli Tembaganya..
kali ni jauh sikit dari hiruk pikuk kota.
lokasi pilihan g40 ; Lata Tembakah, Jerteh.
byk sungguh cabaran utk smpai ke sana.
terpaksa meredah hutan belantara dan melepasi byknya kg2
yg namanya semuanya pelik2.
sambil menyusuri jalan smbil menghafal nama kg dan tergelak terbahak2
yg penting makan 'jambu' instead of 'langsat' 2 kali..
namun begitu kami anggap itu sbg 1 pengembaraan bkn kesesatan! haha
itulah suasana yg sgt sy kagumi dgn g40!
ke mana shj kami, sentiasa dgn kegembiraan dan membawa keceriaan.
dan itulah juga yg sy rindui tika ini...
g40 sememangnya my super duper friends!
no one can replace them.
potluck haritu cukup membanggakan.
terpancar kesungguhan masing2 bwk mknn yg sgt melazatkan.
mana taknya, siap bley tapau woo!
korang ade ke buat potluck pastu tapau? takde kan...
itulah g40...apapom boley... hehehe
saat2 berjumpa begini, semua cerita terkeluar.
paling menggelikan hati cerita tika zmn sekola2 dulu.
semua itu kenangan yg mmg xdpt dimasukkan ke dlm recycle bin.
oleh itu, berpicca itu HARUSlah....



13 of us yg dpt mengosongkan jadual pada hari tersebut. :)



3 kereta berkonvoi ke sana ; kenari, wira, kenari.



moment2 indah yg xdpt dilupakan...



makan adalah perkara pertama usai sampai di sana..


moga2 ikatan ikhuwah antara kami yg terjalin ini mendpt keredhaan
olehNYa dan mengekalkan ikatan ini sampai bila2...
jumpa lagi di Jubli Tembaga kita nextx year!
semakin jauh perjlnan semakin luas pengembaraan!
* edisi berkias kpd bigboss g40 sbb nk pergi jauh2 lagi. hehehe *


k bai.


nota kaki ;
Ahad, merindui Perhimpunan pagi di sekolah.
Ahad, memulakan kerjaya sbg suri rumah sepenuh masa tak begaji.
buatlah apa shj yg buat kamu akan rasa bahagia! smile.... :))))