Assalamualaikum :)
huh. malam td ingatkan taknak masak dah.
tup2 mummy call, she said "ada tamu nk mai malam ni"
so as usual kena la masak.
masak masak masak je keje aku time cuti ni...
ketung ketang siap mee goreng!
ketung ketang kemas dapur, baru naik bilik.
untunglaa dorg ni time ak ada, order je mcm2 nk makan apa
bila aku balik ukm nanti ade ke org nk buat suma apa yg aku buat ni??
ada ke org nk kemas dapur mcm aku buat ni?
ade ke org nk masak 2 3 kali dlm 1 hari mcm aku buat ni?
ade ke org nk ke pasar beli lauk pauk mcm aku buat hari2?
ade ke org nk ke supermarket beli brg dapur mcm aku buat?
ade ke org yg tahan di suruh mcm2 dlm 1 hari?
ade ke PENGGANTI aku nanti???
bilamana teman2 seminggu berada di rumah aku minggu lepas,
mereka turut berkongsi ke'busy'an aku tika berada di rumah
bila tiba waktu aku di dapur, mereka turut bersamaku
bila tiba waktu aku mengemas, mereka turut bersamaku
sedikit sbyk tika mereka ada, kurang sikit beban kerja ku.. hehehe
bila mana tamu tak putus2 dtg ke rumah
saat itulah paling mencabar kekuatan mental & fizikal ku
kebetulan pula, tika mereka ada di rumah ku
waktu tamu tak putus2 datang ke mari
siyesly, nasib ade mereka. kalau tak, takda kaki tgn dah
aku ni rasanya. penatt tak terkata.
tika itu juga mereka kata :
"kalau takda kau, macam mana la org dlm rumah kau ni"
yes, aku pun fikir benda yg sama.
semua benda dlm rumah ni org cari aku.
nk tanya mana brg itu ini (esp kat dapur) semua panggil aku.
nk suruh itu ini. semua panggil aku.
everything aku. tp aku sikit pun tak kesah. sbb aku tahu
kalau tak aku, siapa lagi nk buat kan?
sampai kwn2 aku duk kata :
" aku rasa nanti waktu kau tgh mekap utk kawin pun org duk ketuk bilik kau tanya sue, mana senduk, mangkuk, pinggan, sudu garpu. takpun tgk2 kau sendiri duk ketung ketang masak kt dapur utk rewang. aku rasa tak mustahil tu akan terjadi kat kau sue. hahahaha"
aku pun selalu duk fikir, bila aku dh takda (balik ukm ke.. kawin ke.. keje ke hik3)
mcm mana laa nanti ye?
setakat ni takda sorg pun menunjukkan bakat
utk menggantikanku dlm rumah ni
kadang2 aku salu duk pikir, aku akan tinggalkan rumah ni
bila aku dh dpt pengganti aku utk rumah ni.
tp dapat ke? patotlaaa abah salu duk cakap
"awak takleh pergi jauh2, susah kalau awak takda kt rumah ni"
byk makna dlm setiap kata abah tu. aku faham.
adakah ini halangan utk aku memilih pasangan hidup yg jauh?
adakah ini halangan utk aku berhijrah ke rumah bakal suami?
adakah ini halangan utk aku menetap di tempat lain?
muahahaha jauh sgt dhtu fikir. :p
last but not least,
aku selalu mengharapkan si adik aku sorang ni,
dpt jadi pengganti aku kat rumah ni
bilamana aku kawen tak lama lagi. uppps. hehe ;)
tapi aku nampak mcm jauh panggang dri api je
sObsss laa mcm ni :(
(mungkin sbb semua benda aku yg buat. so senang hati laa dia)
ok, goodnite!


No comments:
Post a Comment