JellyPages.com

My Shaded Region

My Photo
suka menulis, memasak, membaca novel dan berangan! ha-ha-ha

Find Me Here

Tuesday, January 19, 2010

dOuble `DD`...dee+dayana..~~

*SISIPAN DARI BH 19 DEC 09*

Gambar yang dirakamkan bersama Danielle dan Dayana ini sekali pandang tak ubah seperti pasangan adik- beradik yang mempunyai wajah seiras. Mereka disatukan bukan saja kerana mempunyai huruf pangkal D, sebaliknya masing-masing memulakan kerjaya seni pada usia yang muda.

Danielle mula berlakon iklan lampin ketika usia sembilan bulan dan membintangi filem Idola ketika berusia sembilan tahun. Dayana pula atau nama penuhnya, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah baru saja bergelar juara Idola Kecil musim kedua di TV9 menggilap nyanyian sejak tahun lalu.

Danielle yang lebih dulu makan garam tak lokek berkongsi pengalamannya dengan Dayana. Mereka cepat serasi dan buktinya amati sendiri gambar baju rona merah menjerit yang dirakamkan ini. Bantuan saat akhir yang diberikan pereka fesyen, Anizam Yusof menaja busana untuk Danielle menambah seri.

antara kata2 dayana :

“Saya mahu jadi artis serba boleh dan mahu menjadi manusia yang boleh dibanggakan. Kalau diizinkan saya mahu menjadi seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Tapi saya sedar jauh lagi perjalanan saya dan saya mahu dunia seni dan pelajaran itu berjalan seiringan,”

“Saya tidak mahu hadkan bakat saya hanya kepada menyanyi sahaja. Saya mahu menimba pengalaman sebanyak yang mungkin. Selepas menyanyi dan berlakon, insya-Allah saya akan diberi peluang mengacara pula oleh TV9.

“Saya bersyukur keluarga dan paling utama ibu bapa sentiasa memberi galakan dan sokongan. Ibu saya seorang penyanyi sambilan dan bapa juga sesekali terbabit dalam seni, jadi saya banyak dapat tunjuk ajar daripada mereka,”

*sedikit profil tntg dayana a.k.a nana*

  • Nama penuh: Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah
  • Nama komersial: Dayana Amerda
  • Tarikh lahir: 4 Disember 1999
  • Usia: 11 tahun
  • Sekolah: Sekolah Kebangsaan Senawang, Seremban
  • Pencapaian: Juara Idola Kecil musim kedua dan turut memenangi kategori Idola Popular.

  • *yg spesel psl nana nih,buleh kecek klate sbb parent die ore klate*

    mnt nana sesangat!!
    all da best 4 nana..
    ignore pe yg t`jdi included
    da unprofesional techer tusssss...
    dayana steady!!!

    No comments: